Tuesday, March 30, 2010

Perkembangan Pertumbuhan Kanak-kanak Awal (2-7 tahun)

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta lebih cenderung kearah yang baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Atan Long (1980) pula menyifatkan perkembangan manusia sebagai perubahan yang kualitatif dan tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa seseorang keperingkat matang, tetapi perkembangan ini berterusan hingga keahkir hayat individu. Secara kesimpulannya, perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif dan tidak boleh diukur tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan ini juga berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehinggalah keakhir hayat organism. Berbeza pula dengan pertumbuhan, Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila dikatakan sebagai kuantitatif, ini bermaksud setiap perubahan seseorang dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat keatas seseorang.

Pada peringkat ini, perkembangan yang paling penting ialah penggunaan bahasa. Kanak- kanak pada tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, conyohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak diatas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak- kanak masih lagi ditahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak- kanak adalah egosentrik dimana, didunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Kanak- kanak pada tahap ini juga mempunyai kebolehan berimaginasi yang baik. Misalnya, dalam permainan olok- olok yang mereka sertai, mereka bermain dengan menggunakan telefon, anak patung, duit dan sebagainya yang sebenarnya tiada didepan mereka. Rohani (2001), menyatakan bahawa permainan olok- olok yang kanak- kanak lakukan menunjukkan bermulanya peringkat pra-operasi. Semasa kanak- kanak membesar, permainan olok- olok berperanan untuk melatih dan memperkukuhkan skema baru kanak- kanak menjadi semakin kompleks dengan peningkatan umur mereka. Permainan olok- olok ini juga dapat mengembangkan daya kreativiti, bahasa, dan imaginasi mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti permainan mereka. Pada usia dua tahun mereka bermain dengan menggunakan bantuan objek sebagai contoh mereka menggunakan blok melambangkan telefon dan upih pinang sebagai kereta. Pada usia tiga tahun pula, kanak- kanak sudah boleh bermain tanpa menggunakan bantuan objek, pada usia empat hingga lima tahun, kanak- kanak dapat merangkumi kombinasi rangkai kata yang semakin rumit. Contohnya, “Abang jadi polis, adik jadi askar”.

Perkembangan kognitif kanak- kanak awal (2-7 tahun)

Umur (peringkat)

Kognitif

2 tahun

- Kemahiran imaginari bergantung mainan kurang

- Berpusatkan diri berkurang

- Boleh melihat perspektif orang lain dalam situasi yang mudah

- Perkembangan memori ditambah baik

- Mula sedar perbezaan di antara mental diri dengan peristiwa fizikal di luar.

3-4 tahun

- Menguasai dwi perwakilan.

- Memerhati dan memikir sebab tentang transformasi dan memahami perhubungan sebab-menyebab.

- Klasifikasi objek mengikut hierarki.

- Boleh membezaimej dengan realiti

- Perhatian menjadi lebih objektif

- Gunakan skrip untuk mengulang pengalaman yang dikenali

- Kesedaran makna sesetengah bahasa tulisan

- Mengira bilangan objek dalam kuantiti kecil

5-6 tahun

- Pemerhatian terus bertambah baik

- Mengenali dan mengingat skrip dan autobiografikal bertambah baik.

- Pemahaman dalam kepercayaan palsu bertambah

- Memahami huruf dan bunyi adalah dihubungkait dengan secara sistematik

- Boleh mengira dengan tambah dan tolak mudah.

7 tahun

- Pemikiran menjadi lebih logikal, berupaya menyelesaikan masalah dengan nombor

- Memahami konsep ruang ditambah baik berupaya memberi dengan jelas organisasi, baik lukisan dan bacaan peta

- Pemerhatian menjadi lebih teratur, memilih adaptif dan merancang.

- Menggunakan strategi ingatan ulang-alik dan organisasi nya

- Memandang minda sebagai agen aktif konstruktif dan berupaya memindah maklumat.

No comments:

Post a Comment