Tuesday, March 30, 2010

Perkembangan Emosi Kanak-kanak awal (2-7 tahun)

Menurut Lefrancois emosi adalah perasaan , psikologikal (jiwa) dan fisiologikal (kehidupan), dalam tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara yang berkaitan keperluan dan kehendak peribadi seseorang individu. Di sini membawa maksud cara seseorang bereaksi atau memaparkan reaksi emosi terhadap keperluan dan kehendak dirinya sendiri. Emosi Kegembiraan, kemarahan ,kerisauan , ketakutan dan tindak balas emosi yang lain memfokuskan kepada tumpuan kanak- kanak terhadap aspek-aspek penting dalam kehidupan mereka dan membantu kanak-kanak mengembangkan idea-idea baru, matlamat dan perancangan. Wujudnya emosi dalam diri kanak-kanak menunjukkan mereka peka terhadap keadaan dan perubahan-perubahan sekeliling. Kita dapat mengetahui ilustrasi emosi kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Contohnya bayi sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya. Rasa sedih timbul apabila keinginan tidak dipenuhi atau kehilangan sesuatu. Emosi boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu emosi positif contohnya rasa gembira, seronok, dan bersemangat dan emosi negatif contohnya seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya

Perubahan perkembangan emosi.

Bayi memulakan kehidupan dengan beberapa emosi asas dan emosi akan berkembang mengikut peningkatan umur. Contohnya bayi sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya. Rasa sedih timbul apabila keinginan tidak dipenuhi atau kehilangan sesuatu. Bayi bertindak balas mengikut emosi orang lain. Contohnya bayi meniru mimik muka ibu bapa. Kanak-kanak cuba mengawal tindakan mengikut ekspresi emosi orang lain. Contohnya, apabila kanak-kanak itu menyedari ibunya sedang marah kanak-kanak itu akan berhenti melakukan perlakuan tersebut. Kanak-kanak belajar menyembunyikan emosi. Kanak-kanak belajar menyembunyikan emosi supaya individu lain tidak menyedari emosi sebenar mereka. Kanak-kanak dan remaja belajar meregulasi emosi mereka iaitu cara mengawal emosi supaya individu dapat mengawal emosi negatif. Kanak-kanak mengembangkan emosi asas untuk membentuk emosi sedar kendiri. Contohnya daripada emosi takut dikembangkan kepada emosi jijik,gerun.

Bagi tempoh usia kanak-kanak awal, ia merupakan tempoh paling penting kerana pada saat inilah seseorang individu mempelajari, mengecam atau mengalami emosi-emosi asas bagi seseorang manusia. Sebagai contoh, menerusi kajian Krech 1974, kanak-kanak pada umur purata tiga tahun baru pandai mengidentifikasikan senyuman. Sesetengah emosi dapat dipelajari dengan mudah berbanding emosi-emosi yang lain. Walaupun tiada bukti yang kukuh, namun secara realitinya kanak-kanak dapat memahami emosi dengan lebih tepat apabila mereka mencapai usia yang lebih tua yakni remaja/dewasa. Semakin meningkat umur seseorang individu maka semakin cekap mereka memahami emosi yang kompleks. Apabila kanak-kanak mula memasuki prasekolah, keupayaan mereka mentafsir emosi orang lain bertambah tepat. Kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun dapat mengenal emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Pada masa ini, kanak-kanak sudah dapat memahami bahawa tingkah laku mungkin berbeza dengan perasaan dan motif yang dimiliki olehnya, seseornag mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna ia sedang berasa gembira (Jas Laile Suzana, (2000). Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau mengekalkan emosi yang menyenangkan.

Tingkahlaku emosi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu faktor luaran dimana kanak-kanak menunjukan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa,senyum, menangis, masam muka, tidak berkata dan sebagainya. Yang keduanya ialah faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.Emosi adalah penggerakan kepada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara-cara yang paling mudah untuk kanak-kanak meluarkan fikiran dan perasaan.

Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu pentafsiran emosi, pengaturan emosi dan pemaparan emosi (Lefrancois, 2001). Pentafsiran Emosi (‘Interpreting Emotion’) iaitu bayi yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan sedar bahawa tingkah laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang lain di sekelilingnya.Keupayaan mentafsir emosi semakin berkembang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun tidak mengalami banyak masalah dalam mentafsir emosi watak-watak dalam cerita bergambar yang dilihat olehnya atau diperdengarkan kepadanya dalam kehidupan seharian. Mereka hanya mentafsir emosi seseorang berdasarkan apa yang dilihat, dan didengar oleh mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun, dimana mereka tidak dapat membezakan di antara emosi yang sebenar dan emosi yang dibuat-buat.

Pengaturan Emosi (‘Regulating Emotion’) ialah keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi lagi. Misalnya seorang kanak-kanak akan menutup mata, menghisap ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut. Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau mengekalkan emosi yang menyenangkan. Kawalan emosi adalah berorientasikan situasi dan tingkah laku dan bukan berorientasikan kognitif atau pemikiran.Keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi lagi. Misalnya seorang kanak-kanak akan menutup mata, menghisap ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut. Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau mengekalkan emosi menyenangkan.


Pemaparan Emosi (‘Displaying Emotion’).Menurut Saami (1999) kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan emosi iaitu: peraturan pemaparan prososial (‘pro social airplay rules’) dan peraturan pemaparan kendiri(‘self-protective display rules’). Peraturan pemaparan prososial menghasilakn tingkah laku yang digunakan untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan kendiri pula terhasil daripada keinginan si pelaku untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak didapati mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam memaparkan tingkah laku mereka.

Kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan emosi iaitu peraturan pemaparan prososial (‘pro social airplay rules’) iaitu peraturan pemaparan prososial menghasilakn tingkah laku yang digunakan untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Peraturan pemaparan kendiri(‘self-protective display rules’) iaitu tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan kendiri pula terhasil daripada keinginan si pelaku untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak didapati mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam memaparkan tingkah laku emosi mereka. Kanak-kanak awal turut terdedah kepada masalah emosi seperti kemurungan (depression) iaitu emosi yang menunjukan ciri-ciri emosi kesedihan dan keresahan (anxiety disorder) iaitu emosi yang menunjukkan ciri-ciri emosi ketakutan dan kebimbangan.

Umur

Perkembangan emosi

2 tahun

Memahami sebab-menyebab akibat dan emosi asas melalui tanda tingkah laku.

Perasaan empati bertambah.

Kadang-kadang memberontak atau melawan

Kadang- kadang marah dengan tiba- tiba

3-4 tahun

Regulasi kendiri bertambah baik.

Mengalami emosi kesedaran kendiri berkerap kali.

sedikit kawal perasaan dan mengambil perangai ibu bapa atau orang yang paling rapat

Mengambil atau tiru tabiat atau mood orang dewasa

Cepat marah

Mempunyai perasaan malu

5-6 tahun

Keupayaan menginterpret,meramal,dan mempengaruhi respons emosi orang lain.

Boleh menggunakan bahasa untuk menunjukkan empati.

Boleh mengawal perasaan.

7 tahun

Kesedaran emosi kebanggaan dan rasa salah dikawal oleh tanggung jawab individu sendiri.

Mengenali individu boleh mengalami pengalaman dengan lebih daripada satu emosi pada masa yang sama.

Boleh menginterpretasi perasaan orang lain.

Cara menggalakkan perkembangan emosi ialah dengan meminta kanak-kanak untuk meneka emosi individu dalam senario tertentu, membincangkan pengalaman emosi sesuatu watak berdasarkan peranan watak dalam cerita atau sastera, menggalakkan kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka, mencipta suasana yang bersifat tenang, penerimaan, dan kepercayaan, membantu kanak-kanak dengan memberi keselesaan ketika emosi mereka tidak stabil dan menjadi role model kepada kanak-kanak dengan cara bijak berhadapan dengan emosi yang negatif.

No comments:

Post a Comment