Wednesday, March 31, 2010

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK AWAL 2-6 TAHUN

Nilai sahabat dan persahabatan kepada kanak-kanak awal 2-6 tahun :

Perkembangan sosial kanak-kanak ini terdiri daripada nilai persahabatan dan juga apa itu erti persahabatan sendiri kepada kanak-kanak. Persahabatan merupakan satu hubungan informal antara dua atau lebih ramai orang. Apabila kanak-kanak tersebut dapat berkawan dengan lebih ramai orang, maka perkembangan sosial mereka akan menjadi sangat meluas. Hubungan persahabatan ini juga melibatkan emosi kepada seseorang itu. Selain itu, perhubungan persahabatan ini terjalin secara sukarelawan tanpa paksaan. Hal ini disebabkan oleh sahabat merupakan seorang yang sangat penting atau dalam erti kata lain sahabat merupakan seorang yang sangat penting atau sebagai teman rapat untuk berkongsi pendapat, saliang bantu-membantu anatara satu sama lain, sebagai teman sepermainan dan juga sebagainya.


Konsep kanak-kanak awal 2-6 tahun tentang persahabatan :

Konsep antara persahabatan kanak-kanak dan juga persahabatan bagi orang dewasa adalah sangat berbeza. Hal ini dinyatakan kerana melalui cara pergaulan antara kanak-kanak bersama dengan sahabatnya dengan cara pergaulan orang dewasa dengan sahabatnya juga sangat berbeza. Konsep persahabatan bagi golongan kanak-kanak dan juga golongan orang dewasa berbeza kerana orang dewasa menganggap persahabatan atau sahabat mereka itu sebagai teman yang setia sama ada semasa senang mahupun semasa mereka susah. Tetapi, bagi kanak-kanak pula, mereka menganggap bahawa persahabatan atau sahabatnya itu hanya sebagai teman sepermainan mereka sahaja. Namun begitu, berdasarkan teori tentang pandangan kanak-kanak terhadap erti persahabatan yang dibuat oleh (Damon 1977, Selman 1980-1981, Youniss dan Volpe 1978) mereka telah membahagikan teori-teori tersebut kepada tiga tahap. Tahap pertama, kanak-kanak akan menganggap sahabatnya sebagai kawan sepermainan mereka. Tahap kedua pula, bagi kanak-kanak mereka menanggap persahabatan itu sebagai atau berdasarkan sikap saling bantu-membantu dan saling mempercayai antara satu sama lain. Manakala tahap ketiga pula ialah kanak-kanak akan menganggap persahabatan mereka itu sebagai salah satu tempat untuk mereka memahami antara satu sama lain dan lebih bersifat intimasi.

Intimasi bermaksud melahirkan perasaan-perasaan kedekatan, keterhubungan dan keterikatan. Menurut Prager (1989), intimasi berkaitan dengan elemen-elemen iaitu afektif, kepercayaan kanak-kanak, rasa kebersamaan dan juga waktu untuk melakukan aktiviti terhadap persahabatannya. Manakala, menurut Erik Erikson, intimasi bermaksud kemampuan untuk berhubungan dekat atau menjalin komunikasi dengan orang lain.

Ciri-ciri yang diutamakan oleh kanak-kanak awal 2-6 tahun apabila memilih sahabat :

  • Nama kanak-kanak

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Mc David dan Harari (1966) terhadap kanak-kanak ini, ia menunjukkan jelas bahawa kanak-kanak akan lebih focus terhadap nama daripada memilih sahabat sendiri. memilih nama yang sering didengar sebagai kanak-kanak yang paling popular, manakala nama yang jarang didengar akan dipilih sebagai pelajar yang kurang popular

  • Rupa paras dan Bentuk Badan

Kanak-kanak akan melihat pada rupa paras sahabatnya itu disebabkan oleh pada ketika ini, kanak-kanak merasakan bahawa sekiranya kanak-kanak itu mempunyai rupa yang cantik mereka adalah seorang yang baik. Manakala kanak-kanak yang hodoh dianggap yang sebaliknya

  • Tingkah laku

Kanak-kanak pada ketika ini suka berkawan dengan kanak-kanak yang tingkah lakunya lebih aktif. Selain itu, mereka suka pada berkawan pada kanak-kanak yang paling popular kerana dengan itu, mereka boleh bersosial dengan lebih baik.

  • Jantina

ketika ini kanak-kanak mula menunjukkan pemilihan dalam mencari kawan dan juga perbezaan jantina. Kanak-kanak perempuan lebih suka berkawan dengan kanak-kanak perempuan manakala kanak-kanak lelaki lebih suka berkawan dengan kanak-kanak lelaki. Menurut Mohd.Amin (2003) terdapat kurang 25 peratus sahaja kanak-kanak yang gemar berkawan dengan kanak-kanak yang bukan sejantina dengannya.

Peranan orang dewasa dalam proses sosiolisasi kanak-kanak awal 2-6 tahun :

Peranan orang dewasa adalah penting dalam proses sosialisasi kanak-kanak kerana mereka selalunya bertanggungjawab mengenalkan faktor jantina kepada persahabatan kanak-kanak antara lelaki dan perempuan. Kadang-kadang komen orang dewasa terhadap persahabatan yang sedang berkembang. Kadangkala sikap negatif mungkin timbul di mana kanak-kanak lelaki lebih suka menunjukkan tingkah laku yang kasar kepada kanak-kanak perempuan. Oleh itu, bimbingan orang dewasa amat diperlukan bagi menjaga tingkah laku kanak-kanak.

Corak persahabatan kanak-kanak awal 2- 6 tahun :

Umur

Interaksi sosial dengan kawan-kawan

Bentuk persahabatan

Awal kanak-kanak

( 0-2 tahun )

- Kanak-kanak pada tahap ini menunjukkan keupayaan untuk bertukar peranan semasa bermain

- Kanak-kanak sudah mula bertutur dengan perkataan yang mudah

Agak stabil

Kanak-kanak

( 3-4 tahun )

- Terlibat dengan permainan main peranan (pretend play)

- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri

Agak fleksibel

Prasekolah

( 5-6 tahun )

- Telah mula memberi perhatian kepada ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak lain

Dapat membezakan antara sahabat dan kawan sepermainan

No comments:

Post a Comment